Written on 1:24 AM by apatlelex




APATLELEX ENTERPRISE adalah sebuah syarikat di bawah label Enterprise yang di tubuhkan dan di daftarkan pada 23 June 2010 yang mana di miliki sepenuhnya (100 %) oleh Bumiputera. Syarikat ini juga di tubuhkan bertujuan untuk memecah monopoli kaum Melayu di dalam bidang ICT. Seiring dengan kemajuan Negara yang berkembang pesat, Terutamanya sekarang Malaysia di antara Negara yang semakin maju dalam bidang teknologi dan Informasi teknologi. Seiring dengan kemajuan Negara, APATLELEX mengambil kesempatan ini dengan menubuhkan syarikat ini adalah untuk mendidik dan menyalurkan saluran teknologi berinternet kepada smeua lapisan masyarakat.

APATLELEX ENTERPRISE memiliki wawasannya yang tersendiri untuk maju ke hadapan berlandaskan undang-undang dan peraturan berindustri di mana segala peluang yang ada akan di capai dengan rasa penuh yakin, bersemangat untuk terus maju seiring dengan usahawan yang lain serta tekun berusaha dan itulah matlamat penubuhan syarikat untuk mencapai kajayaan di dalam setip projek yang di kendalikan.

Syarikat ini boleh berdaya saing serta maju kerana mempunyai pengarah serta pemilik yang mempunyai pengalaman yang di luas di dalam bidang komputer serta selok-belok informasi teknologi. Selain itu semua yang terlibat di dalam perniagaan ini mempunyai kelayakan akademik yang bagus di dalam bidang computer serta bidang perniagaan.

Penubuhan syarikat ini juga seiring dengan kemajuan Negara serta seruan kerajaan yang mahukan setiap rakyat di Malaysia supaya celik IT.
Apatlelex Enterprise telah beroperasi pada 23 Jun 2010 dan beralamat di premis B9, B10 dan B11 Apatlelex Enterprise, Nilai Square, Taman Semarak II, 71800 Nilai, N.Sembilan. Waktu operasi adalah bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam pada hari Isnin hingga hari Ahad (7 hari seminggu). Waktu operasi mestilah setiap hari kerana keperluan berkenaan computer lebih tertumpu pada hari cuti hujung minggu terutamanya hari Ahad.

Perniagaan yang di jalankan adalah berkonsepkan “Maklumat Dihujung Jari”. Bersesuaian dengan saranan kerajaan yang mahukan setiap rumah memiliki satu computer. Di Apatlelex Enterprise kami akan menjual pelbagai jenis computer mengikut kemampuan dan kegunaan masing-masing. Selain itu pihak syarikat juga akan menyediakan latihan secara berperingkat kepada pelanggan dan orang awam untuk mempelajari teknik menggunakan computer termasuk dengan penggunaan Micrososft Office (word,Excel,Power Point dan Publisher).

Perkhidmatan format bagi computer baru juga akan di lakukan. Termasuk juga dengan penjuallan perkakasan dan perisian bagi computer. Ini bermaksud Apatlelex Enterprise adalah berkonsepkan “One Shop Center”.Ini kerana apabila terdapat pelanggan yang ingin membeli computer akan tetapi tidak mengetahui cara penggunaan nya,pihak syarikat akan mengadakan kelas tambahan bagi pengguna yang belum mahir akan penggunaan computer. Selain itu Apatlelex Enterprise juga menyediakan perkhidmatan mengenali computer untuk kanak-kanak dari bawah 6 tahun.Memandangkan pada zaman sekarang tidak pandai menggunakan computer adalah orang yang jauh ketinggalan kebelakang.

1. VISI DAN MISI SYARIKAT.

1.1. VISI
Visi Syarikat adalah ingin menjadikan Apatlelex Enterprise sebagai satu-satunya pengedar dan penjual alatan computer serta pembelajaran computer yang terunggul terutamanya Di Negeri Sembilan dan Malaysia khususnya.

1.2. MISI
Bagi memastikan pencapaian VISI, Syarikat telah menetapkan beberapa perincian didalam aspek yang berikut.
i. Menyediakan perkhidmatan terbaik sama ada semasa jualan ataupun selepas jualan.
ii. Peka dan memahami kehendak dan citarasa pelanggan sesuai dengan masa dan keadaan.
iii. Hanya menjual dan mensarankan computer yang betul-betul bagus sahaja kepada pelanggan.
iv. Menitik beratkan mengenai ketahanan sesuatu barangan.
v. Apabila memberi perkhidmatan adalah dengan sepenuh hati dan juga ikhlas.
vi. Sentiasa memikirkan keselesaaan pelanggan di samping keuntungan.
vii. Amalan kerja berpasukan diamalkan serta mematuhi garis panduan syarikat dan memenuhi segala keperluan yang tersebut diatas.


VIEW MAPS HERE